Sabah, PJ City sama kuat - Utusan Malaysia

Sabah, PJ City sama kuat

PEMAIN Sayap PJ City Khyril Muhymeen tertunduk kecewa selepas pasukan Sabah berjaya menjaringkan gol pembukaan pada aksi pertama kumpulan D Piala Malaysia di Stadium MBPJ, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Petaling Jaya City (PJ City) berjaya bangkit untuk mengutip satu mata berharga apabila meraih keputusan seri 1-1 dengan Sabah dalam aksi pertama Kumpulan D Piala Malaysia, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), skuad The Rhinos berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi rembatan cantik Park Tae Soo dari jarak 40 meter yang menyaksikan bola deras menuju ke palang gol sebelum melantun masuk ke gawang yang dikawal oleh penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Tuan rumah yang lebih banyak mengusai permainan pada babak pertama dan mencipta beberapa peluang namun gagal membolosi gawang pelawat.

Sabah yang mendapat sentuhan jurulatih baharu Datuk Ong Kim Swee juga mempunyai beberapa peluang tetapi tidak berjaya menambah jaringan.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian P.Maniam mempertingkatkan asakan ke gawang pelawat untuk mencari gol penyamaan namun barisan pertahanan Sabah bertahan dengan baik.

Sebaliknya, pasukan pelawat mempunyai peluang keemasan untuk menggandakan jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan tengah, Raffi Nagoorgani menjatuhkan N.Thanabalan dalam kotak penalti pada minit ke-67.

Namun, peluang itu gagal disudahkan Levy Nadinda apabila sepakannya berjaya dibaca tepat oleh Kalamullah.

Usaha tuan rumah mencari gol penyamaan akhirnya hadir pada minit ke-79 menerusi Darren yang terlebih dahulu mengatasi dua pertahanan Sabah sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menggegar gawang pelawat.

PJ City hampir memperolehi gol kemenangan pada masa kecederaan minit terakhir perlawanan namun percubaan Syahmi Zamri berjaya dinafikan penjaga gol Sabah, Robson Rendy sekali gus kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya