'Rojak Petis Likat' Norfatin popular di Pontian - Utusan Malaysia

‘Rojak Petis Likat’ Norfatin popular di Pontian

NORFATIN Nabila Lokman menyiapkan Rojak Petis Likat yang ditempah pelanggan dikedainya di Medan Selera MPPn Jalan Bakek di Pontian, Johor. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu bukan halangan untuk  Norfatin Nabila Lokman, 24, membantu ibunya di kedai menjual rojak petis yang dikenali sebagai ‘Rojak Petis Likat’ di bandar Pontian.

Pernah dijemput sebagai tetamu bersama ibunya, Salasiah Abd. Ghani, 49, oleh dua buah syarikat televisyen tempatan sebelum ini secara tidak langsung telah menambah popular rojak petis yang telah diusahakan sejak 24 tahun lalu yang sama dengan umurnya.

Katanya, setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Perlis pada September tahun lalu, dia belum mendapat tawaran pekerjaan dari mana-mana pihak walaupun telah beberapa kali menghantar permohonan.

Katanya, bidang pengajian tersebut membolehkannya bertugas sebagai pengurus perhubungan awam, wartawan media cetak atau elektronik mahupun dalam bidang sumber manusia.

“Setakat ini belum ada rezeki saya bekerja dalam bidang bersesuaian dengan pengajian yang diikuti selama tiga tahun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Medan Selera Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) semalam.

Tambah Norfatin Nabila, dia tidak kekok untuk membuat rojak petis itu kerana telah biasa membantu ibunya di gerai apabila pulang pada cuti semester mahupun sebelum dia diterima masuk ke Unimap.

NORFATIN Nabila Lokman menunjukkan Rojak Petis Likat yang menjadi tarikan utama kepada pelanggan dikedainya di Medan Selera MPPn Jalan Bakek di Pontian, Johor. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI

 

“Selain menjual rojak petis, gerai yang dinamakan D’ Jannah Corner (Chek Sal) turut menjual pelbagai  jenis makanan lain seperti mi goreng, bihun kampung, rojak pisang, cikong bizibodi, kuetiau goreng dan bihun sup.

“Kedai kami beroperasi pada setiap Ahad hingga Khamis bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang dan bercuti pada Jumaat dan Sabtu,”ujarnya.

Katanya, perniagaan Rojak Petis Likat yang diusahakan oleh ibunya sejak tahun 1997 memang dikenali ramai di bandar Pontian kerana keenakan dan rasanya yang memikat para pelanggan.

Jelasnya, sebelum ini ibunya menjalankan perniagaan di gerai yang kecil sahaja sebelum berpindah ke Medan Selera MPPn berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lapan tahun lalu.

‘Alhamdulillah sambutan orang ramai amat memuaskan terutama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana pelanggan dibenarkan makan di kedai berbanding ketika ini,” ujarnya.

Katanya, meskipun begitu pendapatan harian mereka merosot hampir separuh namun masih boleh bertahan memandangkan terdapat pelanggan yang datang membeli untuk dibawa pulang ke rumah.

Ditanya minatnya dalam bidang komunikasi, Norfatin Nabila bersedia untuk menyertai mana-mana syarikat atau agensi media sekiranya diberikan tawaran supaya pengajian yang dipelajari dapat dipraktikan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya