RMK-12 bukti komitmen kerajaan terhadap Sabah - Utusan Malaysia

RMK-12 bukti komitmen kerajaan terhadap Sabah

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri kurang membangun terutama Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, fokus yang diberikan ini jelas menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang pemimpin yang berpegang kepada kata-kata.

HAJIJI NOOR
HAJIJI NOOR

Beliau juga mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk menyemak dan menyelesaikan isu-isu dalam dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi meningkatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun katanya, beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi tempoh tertentu bagi menyelesaikan isu-su dalam MA63.

Hajiji turut menghargai komitmen kerajaan dalam memastikan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun lain menerima 50 peratus peruntukan bagi pembangunan kemudahan asas di bawah rancangan pembangunan lima tahun itu  bagi tempoh (2021-2025).

“Peruntukan ini akan membolehkan Sabah berada dalam landasan yang betul untuk membangun.

“Di bawah RMK-12 juga, kerajaan akan memberi untuk membina kem tentera baharu di Kota Belud, Felda Sahabat di Lahad Datu dan Kem Batalion Pasukan Gerakan Am di Beluran sebagai komitmen meningkatkan tahap keselamatan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menghargai komitmen kerajaan dalam membantu meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan di Sabah dengan membina klinik kesihatan baharu di Penampang dan Beaufort serta pusat tabung darah baharu.

Hajiji berharap agar pemantauan secara teliti akan dapat diberikan bagi memastikan semua perancangan dalam RMK-12 di Sabah dapat dijayakan. Kerajaan negeri percaya dengan pemantauan yang efektif, ia akan membolehkan segala pembangunan yang dirancang dapat disiapkan sepanjang RMK12.

Di peringkat kerajaan negeri, beliau akan memberi sokongan dan kerjasama penuh agar program pembangunan RMK12 dapat dilaksanakan dengan jayanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya