Remaja 16, 17 tahun di Pulau Pinang kini boleh hadir terus terima vaksin  - Utusan Malaysia

Remaja 16, 17 tahun di Pulau Pinang kini boleh hadir terus terima vaksin 

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Semua remaja termasuk pelajar berusia 16 tahun dan 17 tahun dibenar  mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara hadir terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Pulau Pinang bermula pukul 2 petang ini. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bagi pelajar berusia 12 hingga 15 tahun, janji temu adalah menerusi aplikasi MySejahtera dan dinasihatkan untuk tidak walk-in ke mana-mana PPV bagi mengelakkan kesesakan.

Menurut beliau, setakat semalam, daripada 37,875 jumlah remaja berusia 16 dan 17 tahun yang didaftar melalui portal Vaksin Anakku, seramai 32,876 orang atau 86.8 peratus telah menerima suntikan vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun pula tambahnya, daripada keseluruhan 80,698 orang yang berdaftar menerusi portal sama, seramai 8,312 orang atau 10.3 peratus menerima suntikan masing-masing.

“Dalam mempercepat kadar vaksinasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK-Remaja) peringkat Pulau Pinang, pengoperasian dua PPV iaitu SPICE Convention Centre (SPICE CC) dan PPV SP Arena dilanjutkan sehingga pukul 9 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambah beliau, kerajaan negeri juga dalam perancangan tambahan untuk melibatkan PPV ‘outreach’ ke sekolah-sekolah atau kawasan-kawasan luar bandar di seluruh negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya