RASA Food KLCC tutup operasi, apa nasib warung-warung, restoran biasa? - Utusan Malaysia

RASA Food KLCC tutup operasi, apa nasib warung-warung, restoran biasa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: “Sekiranya food court (medan selera) tingkat 4 KLCC yang popular sejak 22 tahun lalu pun terpaksa henti operasi bermula hari ini, apakah nasib warung-warung dan restoran biasa?”
Demikian persoalan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai nasib menimpa RASA Food Arena di KLCC yang terpaksa menutup operasi bermula hari ini.
Sebab itu, jelas Najib, kerajaan perlu melakukan beberapa perkara.
“Pulihkan keyakinan rakyat untuk keluar rumah untuk berbelanja semula. Rakyat tak rasa selamat untuk berjalan-jalan dan makan di luar rumah selagi angka kes Covid-19 masih tinggi biarpun kelonggaran untuk dine-in dah lama diberi,” katanya dalam hantaran terbaharu beliau di Facebook.
Menurut Najib, kerajaan juga perlu memulihkan kemampuan rakyat untuk berbelanja dengan menaikkan semula kitaran wang tunai bagi ekonomi tempatan – iaitu ‘putting money into people’s hands’.
“Saya harap dan percaya langkah-langkah baharu kerajaan akan diumum tidak lama lagi bagi menepati kedua-dua keperluan ini,” katanya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya