“Ralat sikit… nak ayah ada sekali. Ingat sempat dia tengok tapi...” - Aizat Hassan selamat diijabkabulkan - Utusan Malaysia

“Ralat sikit… nak ayah ada sekali. Ingat sempat dia tengok tapi…” – Aizat Hassan selamat diijabkabulkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aizat Hassan selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Puteri Nur Syathira, hanya dengan sekali lafaz, sekitar pukul 9 pagi hari ini.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Ketika dihubungi, Aizat memaklumkan perasaannya bercampur aduk kerana Allahyarham bapanya  pernah menyuarakan harapan untuk menyaksikan perkahwinan mereka.

“Ralat sikit… nak ayah ada sekali. Ingat sempat dia tengok tapi apakan daya keadaan yang kita tidak jangka berlaku…

“Perasaan nak ijab dan kabul lebih kepada sebak dari gemuruh sebenarnya… Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selesai,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Majlis  itu turut disiarkan menerusi akaun Instagram miliknya, tetapi terjejas akibat gangguan jaringan kawasan yang tidak kuat. Dapat dilihat kedua-dua mempelai mengenakan busana pernikahan berwarna putih.

Sementara itu, Aizat yang telah mengikat tali pertunangan dengan Puteri selepas hampir tujuh tahun mengenal hati budi pada Oktober tahun lalu, berkongsi, isterinya seorang yang sangat menyokong ketika dia aktif berlakon.

“Seperkara, waktu susah senang masa karier sebagai pelakon dia banyak menyokong dan memberikan motivasi kepada saya untuk terus maju,” katanya.

Terdahulu atas faktor pandemik Covid-19, Aizat memohon maaf kerana tidak dapat mengundang semua ahli keluarga, sahabat dan rakan kenalan bagi memeriahkan pernikahan berkenaan demi keselamatan semua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya