NEW YORK: Bintang R&B, R.Kelly disabitkan dengan jenayah pemerdagangan seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur.
Abc News melaporkan, Kelly atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, 54, didapati bersalah atas semua sembilan pertuduhan yang dibuat terhadapnya.
Keputusan dibacakan dihadapan penyanyi I Believe I Can Fly itu di Mahkamah Persekutuan, Brooklyn.
Selain Kelly, dua individu lain turut didakwa secara berasingan di mahkamah Chicago kerana bersubahat dalam kes tersebut.
Salah seorang peguam dilantik, Deveraux Cannick memberitahu anak guamnya kecewa dengan keputusan mahkamah dan berharap dapat memfailkan rayuan.
Sepanjang perbicaraan, beberapa mangsa tampil memberi keterangan, mendakwa diserang secara seksual oleh penyanyi itu ketika mereka masih di bawah umur.