Pusat tuisyen dibenarkan beroperasi pada Fasa 3 - Mohd. Radzi

Pusat tuisyen dibenarkan beroperasi pada Fasa 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua institusi pendidikan swasta seperti pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat latihan, pusat tuisyen dan pusat perkembangan minda dibenarkan beroperasi bermula pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, institusi pendidikan swasta hanya dibenarkan beroperasi secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada Fasa 1, kecuali pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun untuk anak-anak petugas barisan hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu yang bertugas.

“Bagi Fasa 3, pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun dibenarkan beroperasi sepenuhnya, manakala semua institusi pendidikan swasta beroperasi secara penggiliran dengan 50 peratus kapasiti kelas,” katanya.

Jika sesebuah negeri itu mencapai Fasa 4, Radzi berkata, semua institut pendidikan swasta dibenarkan beroperasi secara penggiliran secara penggiliran dengan 50 peratus kapasiti kelas bermula 3 Oktober dan kapasiti itu boleh dinaikkan kepada 70 peratus pada 17 Oktober.

“Pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun juga dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

“Dalam Fasa 4 juga, semua institusi dibenarkan beroperasi sepenuhnya mengikut kapasiti kelas dengan penjarakan fizikal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya