Pulau Undan di Melaka bakal diwarta Taman Laut Negara

Pulau Undan bakal diwarta Taman Laut Negara

PULAU Undan, Melaka memiliki pelbagai khazanah laut yang masih belum tercemar. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pulau Undan di negeri ini dicadang untuk diwartakan menjadi Taman Laut Negara bagi melindungi serta memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik di kawasan tersebut. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, hasil tinjauan awal pihaknya di kawasan berkenaan mendapati, pulau itu sesuai diwartakan memandangkannya memiliki pelbagai khazanah laut yang masih belum tercemar. 

Katanya, penilaian mengenai cadangan itu bagaimanapun masih diteruskan dan tinjauan seterusnya akan dibuat bersama kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan pada bulan hadapan.

“Kita mencadangkan Pulau Undan ini diwartakan agar ia dapat terus dipelihara daripada aktiviti-aktiviti yang merosakkan termasuk kegiatan menangkap ikan. Pewartaan itu nanti bukan sahaja memberi manfaat kepada kehidupan marin akuatik, malah juga boleh dijadikan lokasi eko pelancongan baharu negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin kepada nelayan kawasan Melaka Tengah di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Muara Sungai Duyong, di sini hari ini.

Tambahnya, keindahan marin akuatik di Pulau Undan itu juga dilihat mampu menandingi kecantikan pulau-pulau pelancongan di negeri lain dan sesuai menjadi lokasi aktiviti bersnorkel (snorkeling) serta menyelam. 

Terdahulu, pada program tersebut, sebanyak 541 kotak barangan keperluan asas telah diagihkan kepada nelayan menerusi peruntukan sebanyak RM27,050 yang disumbangkan LKIM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya