Projek naik taraf Kompleks Seri Perdana dilulus pada 19 Mac - Utusan Malaysia

Projek naik taraf Kompleks Seri Perdana dilulus pada 19 Mac

Kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana dengan kos keseluruhan RM38.5 juta telah diluluskan pada 19 Mac lalu.

Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, kerja-kerja membaik pulih itu termasuk penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap kompleks kediaman Perdana Menteri itu kemudiannya bermula pada 29 Mac lalu dan dijangka siap pada 7 Disember ini.

“Kompleks Seri Perdana yang dibina pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999, adalah kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri Malaysia. Berikutan usia Kompleks Seri Perdana telah mencecah 22 tahun, ia telah mengalami banyak kerosakan.

“Justeru, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja membaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM38.5 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan dalam Persidangan Dewan Rakyat oleh Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), mengenai status projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana, semalam.

Jawapan berkenaan dijawab secara bertulis oleh Abd. Latiff sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagaimana dilaporkan media semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya