Polis kesan pengendali portal  'Edisi Siasat’ - Utusan Malaysia

Polis kesan pengendali portal  ‘Edisi Siasat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pemilik sebuah portal, Edisi Siasat berhubung pendedahan maklumat mengenai tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri wang tunai bernilai jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan daripada pemilik portal berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kita juga sedang mengesan pengendali laman blog itu untuk mendapatkan maklumat serta menjalankan siasatan lanjut dan tindakan menyebar dan menularkan maklumat tidak benar adalah salah dan boleh disiasat,” katanya dalam sidang media sindiket curi lori di sebuah gudang di Jalan Batu Arang, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abd. Jalil berkata, pihaknya setakat  ini tidak menerima laporan polis melibatkan isu tular dakwaan kehilangan barangan kes wang tunai USD6 juta yang dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelasnya, mangsa atau pemilik wang berkenaan merupakan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

“Setakat ini, pemilik wang berkenaan tidak membuat laporan polis dan kita tidak menerima sebarang laporan seperti yang dijelaskan sebelum ini.

“Pada masa ini, tidak dapat disahkan sama ada benarkah wujud kes curi dalam kejadian ini disebabkan mangsa sendiri tidak membuat laporan polis,” ujarnya.

Media semalam melaporkan SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap bekas seorang ketua jabatan.

SPRM dilaporkan berkata, ketiga-tiga pegawainya telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya