PKP, KBBM tingkatkan jualan dalam talian, catat nilai jualan RM3.3 bilion

PKP, KBBM tingkatkan jualan dalam talian, catat nilai jualan RM3.3 bilion

HASNOL ZAM ZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan peningkatan nilai jualan sebanyak RM3.3 bilion dengan jumlah unit simpanan stok (SKU) melebihi 326,000 tahun lalu, susulan ramai berbelanja secara dalam talian.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, peningkatan itu juga disumbangkan pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) sekali gus menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, pada tahun 2019, pelaksanaan KBBM mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.87 bilion melibatkan sebanyak 279,000 SKU bagi sektor peruncitan dan RM6.84 juta nilai jualan diperoleh melalui portal dalam talian marketplace

“Portal dalam talian marketplace telah mencatatkan peningkatan amat besar pada tahun 2020 berbanding tahun 2019 dengan nilai jualan melebihi RM145 juta. 

“Berdasarkan prestasi pada tahun lepas dengan pertambahan kepelbagaian kaedah pendekatan, pelaksanaan KBBM diteruskan sebagai salah satu inisiatif untuk memulih dan merancakkan sektor peruncitan di dalam negara,” katanya dalam ucapan perasmian sempenan Majlis Pra-pelancaran KBBM Tahun 2021 yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

Hasnol Zam Zam berkata, usaha ini adalah bagi membantu usahawan tempatan untuk terus kekal berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. 

Katanya, ini kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu memberi impak negatif buat kebanyakan perusahaan tempatan yang terkesan dengan penularan wabak tersebut. 

“Inisiatif KBBM dilihat mampu meningkatkan permintaan domestik khususnya untuk memperkasa rantaian jaringan bekalan malah dengan kolaborasi bersama sektor peruncitan pada tahun ini, manfaat dinikmati secara terus pengguna melalui penawaran harga istimewa bagi barangan keluaran tempatan. 

“Kempen tahun ini terus berkembang dengan pertambahan penglibatan rakan kerjasama strategik daripada sektor peruncitan seperti pasar raya AEON Big, AEON Co., Giant, Mydin, 99 Speedmart, The Store, Hero Supermarket, KK Supermarket, Eco-shop, Lotus Store, Econsave, Lulu Group, TF Value-Mart, Bataras, Petronas dan Shell manakala platform dalam talian pula disertai Shopee, LAZADA dan PGMALL,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan KBBM kali ini akan dipromosikan menerusi pelbagai saluran media cetak, media elektronik dan platform digital bagi mengetengah serta mempromosikan produk-produk tempatan. 

“Promosi ini diperkukuhkan lagi melalui kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan yang mempunyai pengikut atau pengaruh tersendiri seperti melalui paparan-paparan iklan, siri animasi Upin dan Ipin dan pelbagai lagi program cross-collaboration yang berimpak tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya