PKD buat keputusan jika ada kes Covid-19 di sekolah

PKD buat keputusan jika ada kes Covid-19 di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) diberikan tanggungjawab untuk membuat penilaian risiko sekiranya terdapat kes positif Covid-19 di sekolah.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, keputusan itu dibuat setelah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Perkara ini kami telah duduk dan berbincang berpanjang lebar dengan KKM, maka ketetapan yang dibuat adalah jika berlaku kes positif, maka PKD akan membuat penilaian risiko dalam menentukan apakah tindakan selanjutnya.

“Maknanya berlaku sahaja kes positif, pihak sekolah akan laporkan kepada PKD yang akan masukkan dalam sistem aplikasi data Covid-19 dan pihak PKD akan menetapkan apakah tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Justeru, beliau berkata, pihak kementerian akan bekerjasama rapat dengan PKD.

“Apa sahaja nasihat PKD, kita akan laksanakan dan maklumkan kepada ibu bapa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya