Pesawah tiga kampung rugi padi ditenggelami banjir

Pesawah tiga kampung rugi padi ditenggelami banjir

AHMAD Sarbani Abdullah (kiri) bersama rakannya menunjuk sebahagian padi mereka yang rosak di Kampung Apil, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah, semalam. - FOTO/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Pesawah di tiga buah kampung di sini mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM100,000 selepas sawah mereka ditenggelami banjir selepas hujan lebat sejak awal bulan ini.

Pesawah dari tiga buah kampung terbabit iaitu Kejai, Kampung Apil dan Kampung Bukit Larek mendakwa kawasan sawah seluas lebih 35 hektar itu ditenggelami banjir sedalam dua meter.

Seorang pesawah, Ahmad Sarbani Abdullah, 48, dari Kampung Apil berkata, kejadian banjir tersebut bertambah buruk berikutan sistem pengairan di kawasan sawah tersebut tidak dapat menampung aliran air yang deras dari bukit berdekatan.

Menurutnya, masalah banjir itu telah lama berlarutan terutamanya pada musim hujan.

Apa yang menyedihkan pokok padi sudah berusia 80 hari dan boleh dituai pada bulan depan.

“Dalam kejadian banjir itu, saya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM7,000 apabila tanaman padi yang diusahakan rosak dan tidak dapat dituai.

“Malah, Kebanyakkan pesawah di sini menyewa tanah sawah padi itu dan mereka terpaksa mencari sumber kewangan lain untuk membayar sewa tersebut,” katanya di sini semalam.

Mohd. Firdaus Ahmad, 35, dari Kampung Bukit Larek pula berkata, sebelum ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ada mengarahkan pihak kontraktor membersih dan meluaskan saliran parit sepanjang lima kilometer (km) di kawasan itu pada Disember 2020.

Bagaimanapun, katanya, kontraktor terbabit didapati melakukan kerja dilakukan sejauh dua kilometer sahaja.

“Keadaan sistem perairan yang sempit telah menyebabkan aliran air melimpah ke kawasan sawah sehingga merosakan tanaman padi,” ujarnya.

Mohd. Noor Ahmad, 38, dari Kampung Kejai pula berkata, kebanyakan pesawah di kawasan ini tidak dapat menanam padi mengikut jadual disebabkan bekalan benih padi selalu lambat diterima.

Katanya, kebiasaannya pesawah akan menerima benih padi pada April tetapi pada musim ini mereka menerima bekalan pada Jun.

Ini menyebabkan hasil tanaman padi tidak sempat dituai kerana hujan lebat selalu berlaku pada Ogos dan kesannya pesawah mengalami kerugian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya