Peruntukan RM500,000 baik pulih 40 rumah terjejas di Yan, Sik

Peruntukan RM500,000 baik pulih 40 rumah terjejas di Yan, Sik

ABD. Latiff Ahmad (kanan) serah tugas kepada Mahdzir Khalid pada majlis serah tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya.. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperuntukkan hampir RM500,000 bagi membaik pulih 40 buah rumah penduduk di Daerah Yan dan Daerah Sik, Kedah yang terjejas dengan bencana kepala air, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian amat memahami kesukaran dihadapi penduduk dan telah membuat penilaian kerosakan melibatkan 40 buah rumah yang didiami penduduk di kawasan terbabit.

Menurutnya, kementerian mengkoordinasikan Bahagian Kesejahteraan Rakyat di bawah kementerian itu dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dalam usaha menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

“Sehingga kini kementerian membuat penilaian kerosakan melibatkan 40 rumah dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM550,000. 

“Usaha mengenal pasti kerosakan dan keperluan pembaikan rumah mangsa yang lain sedang giat dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan bekas menteri, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad.

Mahdzir berkata, KEDA juga menyalurkan peruntukan RM10,000 kepada kerajaan Negeri Kedah.

Katanya lagi, sumbangan lain yang disalurkan ialah Bantuan Skuad Prihatin KEDA dengan seramai 100 orang sukarelawan turun membantu aktiviti pembersihan rumah sebanyak dua kali melibatkan kediaman mangsa bencana.

“Selain itu adalah peruntukan berjumlah RM100,000 untuk bantuan barangan dan peralatan keperluan.

“KPLB akan memastikan peruntukan ini digunakan untuk meringankan beban penduduk terlibat serta mengucapkan takziah kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga disebabkan bencana ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN