Peruntukan RM2.4 juta baik pulih, ganti peralatan empat sekolah terjejas - Utusan Malaysia

Peruntukan RM2.4 juta baik pulih, ganti peralatan empat sekolah terjejas

RADZI JIDIN melihat kesan kerosakan akibat bencana kepala air di SK Haji Nyak Gam, Yan, Kedah, hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Kementerian Pendidikan meluluskan peruntukan sebanyak RM2.4 juta bagi membaik pulih dan menggantikan infrastruktur di empat sekolah yang terjejas akibat fenomena kepala air di Yan, pada 18 Ogos lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, empat sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan, Sekolah Kebangsaan (SK) Langkasuka, Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC) York Khoon dan SK Haji Nyak Gam.

“Insya-Allah kita akan pastikan pelaksanaan projek kecil ini dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan sekolah-sekolah terlibat berada dalam keadaan baik dan bersedia menerima murid apabila dibuka nanti.

“Berdasarkan pemantauan hari ini, kita yakin sekolah-sekolah ini dapat kembali dipulihkan sebelum tarikh pembukaan sekolah nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke SK Haji Nyak Gam di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berharap orang ramai tidak terkeliru dengan kenyataannya semalam mengenai pembukaan sekolah yang akan dimulakan pada 3 Oktober ini.

“Apabila saya katakan demikian, ramai yang anggap semua sekolah akan dibuka pada 3 Oktober. Itu tak betul kerana pembukaan sekolah ini akan dibuat mengikut fasa serta berperingkat dengan kami akan kembali berbincang bersama Kementerian Kesihatan selepas ini.

“Daripada situ kita akan tetapkan kaedahnya untuk negeri di fasa satu, dua, tiga dan empat. Semua itu akan dijelaskan satu per satu selepas ini kerana kita memiliki pelan komprehensif merangkumi prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya