MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) akan menganjurkan pertandingan akhir sayembara pantun berunsur Islam secara dalam talian, esok.
Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ia boleh ditonton secara langsung menerusi platform laman sosial Facebook JAIM bermula pukul 3 petang.
Menurut beliau, terdapat tiga kategori yang dipertandingan iaitu menengah, institusi pendidikan dan terbuka.
“Setiap kategori akan bermula pada waktu yang berbeza dan berlangsung selama satu jam. Kategori menengah bermula pukul 3.00 petang, institusi pendidikan pada pukul 5.00 petang dan terbuka bermula pukul 8.30 malam.
“Pengumuman keputusan pula pada pukul 9.45 malam. Oleh itu, JAIM menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyaksikan acara kemuncak ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE