Pertama kali dalam sejarah, Utusan tidak dibenar liputan Parlimen - Utusan Malaysia

Pertama kali dalam sejarah, Utusan tidak dibenar liputan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya, tidak tersenarai sebagai media arus perdana untuk membuat liputan laporan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen, bermula Isnin ini.

Ia berbeza dengan jemputan media sebelum ini yang membenarkan Utusan Malaysia membuat liputan secara fizikal bersama 15 media yang lain.

AZHAR AZIZAN HARUN

Dalam jemputan media yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini, sebanyak 16 agensi dibenarkan iaitu RTM, Bernama, Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dan Finas sebagai penyiar rasmi, media TV3 dan Astro Awani pula mewakili agensi elektronik (TV).

Bagi akhbar Bahasa Melayu, ia diwakili Berita Harian dan Sinar Harian, sementara The Star dan The Sun mewakili akhbar Bahasa Inggeris.

Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Malaysia Nanban dan AFP masing-masing mewakili akhbar berbahasa Cina dan Tamil dan media antarabangsa.

Bagi media dalam talian pula, ia diwakili Malaysia Kini dan Malaysia Now untuk membuat liputan secara fizikal di Parlimen. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya