PETALING JAYA: Pelakon Fazreen Rafi, memaklumkan keadaan dirinya yang kurang sihat apabila terpaksa membuang air besar lebih daripada 50 kali.
Menurut Fazreen, doktor memberitahu dia dijangkiti kuman di bahagian perutnya selepas menjalani pemeriksaan.
Kongsinya lagi, dia bakal melakukan pemeriksaan dan ujian susulan berkenaan penyakit tersebut.
“Pertama kali dalam sejarah hidup. Buang air besar lebih 50 kali.
“Sampai tidak tahu dah nak buang apa lagi. Doktor cakap ada jangkitan dalam perut, esok akan scope.
“Semoga tiada apa-apa yang serius,” kongsinya di Instagram.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menitipkan doa buat pelakon tersebut agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala.