Pertahan budaya, identiti baju Melayu - Utusan Malaysia

Pertahan budaya, identiti baju Melayu

ARIPIN Said lengkap berpakaian baju Melayu termasuk bersamping dan bersongkok yang menjadi identiti dan budaya orang Melayu sejak zaman berzaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Adab berpakaian baju Melayu lengkap bersam­ping, bersongkok ataupun bertanjak perlu dipertahankan kerana ia merupakan akar budaya orang Melayu sejak zaman berzaman dan menggambarkan identiti kaum itu yang bermaruah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tokoh Budaya Orang Hidup Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Aripin Said berkata, terdapat generasi muda pada hari ini tanpa sedar ‘melanggar’ adab dan budaya tersebut.

Ini kerana tegasnya, berpakaian baju Melayu bersamping tanpa memakai songkok atau tanjak telah memperlekehkan budaya kaum itu sendiri.

“Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu di negara ini ialah baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.

“Pakaian ini dipadankan de­ngan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok ataupun bertanjak,” katanya di sini semalam.

Aripin berkata, baju Melayu bagi rakyat di negara ini terba­hagi kepada dua iaitu jenis potongan Teluk Belanga dan Cekak Musang.

Menurutnya, sebagai ‘orang lama’ yang terlibat secara langsung dalam mempertahankan kebudayaan Melayu, beliau perlu menegur perbuatan yang melanggar adab dan peraturan bermasyarakat kaum itu.

Tegasnya, jika tidak memakai songkok atau tanjak ia telah memperlecehkan atau mempersendakan budaya Melayu yang diamalkan sejak turun-temurun.

“Dalam hal ini semua pihak khususnya yang menjadi tum­puan umum termasuk para selebriti perlu peka dengan budaya berpakaian ini agar tidak menjadi ejen perosak kepada budaya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, adab berpakaian baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok merupakan identiti yang perlu sentiasa dipupuk dalam kala­ngan generasi muda yang me­rupakan penyambung warisan bangsa.

Beliau berkata, menghargai dan menghormati budaya sendiri adalah aset atau kelebihan penting yang patut dibanggakan dan terus dipertahankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN