Permohonan Siti Bainun dapatkan hak jagaan lima anak angkat 28 Oktober - Utusan Malaysia

Permohonan Siti Bainun dapatkan hak jagaan lima anak angkat 28 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Juvenil di sini menetapkan 28 Oktober ini bagi mendengar permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk mendapatkan hak penjagaan penuh lima anak angkatnya yang kini di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Permohonan itu didengar di hadapan Majistret Norfarahain Roslan yang akan menentukan pihak yang layak memperoleh hak penjagaan penuh kanak-kanak dan remaja tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor yang mewakili Siti Bainun kepada pihak media selepas prosiding sebutan hari ini.

Peguam itu berkata, mahkamah turut membenarkan permohonan Siti Bainun untuk bertemu salah seorang anak angkatnya secara fizikal manakala permohonan interim bagi empat lagi kanak-kanak akan di pohon dalam masa terdekat.

Sementara itu, tiga daripada lima ibu kanak-kanak tersebut telah membuat permohonan untuk membatalkan afidavit bagi menyokong permohonan hak penjagaan sementara yang difailkan sebelum ini.

Peguam Muhammad Hafiz Hood dan Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili ketiga-tiga keluarga tersebut memberitahu, pendengaran bagi pembatalan afidavit itu ditetapkan pada 2 November ini.

Kelima-limanya berusia di antara dua dan 16 tahun (dua lelaki dan tiga perempuan) yang sebelum ini dipelihara oleh Siti Bainun, 29, kini ditempatkan di dua rumah kebajikan iaitu di Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Kangsar, Perak.

JKM mengambil mereka daripada jagaan Siti Bainun pada 15 Julai lalu selepas wanita itu ditahan bagi membantu siasatan polis berikutan kejadian remaja sindrom down berusia 13 tahun dipercayai didera, tular di media sosial.

Permohonan bagi mendapatkan semula kelima-lima mereka difailkan pada 2 Ogos lalu agar mahkamah membatalkan perintah jagaan sementara yang diberikan kepada JKM.

Mereka mahukan permohonan itu didengar segera berikutan permintaan ibu kandung bagi kepentingan kemaslahatan, kesihatan, pendidikan dan kesihatan mental yang perlu dipantau dengan rapi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya