Perjanjian kepercayaan mampu kembalikan kestabilan politik - Hamzah - Utusan Malaysia

Perjanjian kepercayaan mampu kembalikan kestabilan politik – Hamzah

HAMZAH Zainudin ketika dalam sidang akhbar di KDN, Putrajaya. - UTUSAN/ FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan pelaksanaan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara parti politik dalam negara mampu mengembalikan kestabilan politik negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, CSA juga dijangka mampu membentuk sebuah landskap politik tanah air yang baharu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Bersatu dijangka bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan CSA.

“Saya yakin Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan ambil pendekatan baharu ini sebagai sesuatu langkah baik demi masa depan negara kita.

“CSA yang diumumkan Muhyiddin sebelum ini adalah baik bagi menentukan kestabilan politik dalam negara,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas melaporkan diri hari pertama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Katanya, keadaan politik yang tidak stabil tidak elok untuk kerajaan kerana ia boleh menjejaskan program-program yang sudah dirangka untuk membangunkan negara.

Hamzah berkata, jika ia (CSA) dilaksanakan, ia bermakna parti-parti politik di negara ini akur  dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu suhu politik dalam negara diredakan.

Justeru katanya, semua ahli Parlimen perlu duduk bersama secara inklusif dan membincangkan hal kepentingan rakyat dan negara.

“Mereka (ahli Parlimen) perlu mencari penyelesaian bagi mengekang jangkitan Covid-19 selain membincangkan isu pembangunan dan ekonomi negara,” katanya.

Katanya, sudah tiba masanya semua pihak berbincang ke arah lebih baik dan bukannya menuduh dan menghasut antara satu sama lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya