TOKYO: Pemanah negara, S. Suresh gagal meneruskan cabaran selepas tewas kepada atlet Jawatankuasa Paralimpik Rusia (RPC), Bato Tsydendorzhiev dalam aksi 16 terbaik di Sukan Paralimpik, Tokyo 2020 hari ini.
Suresh ketinggalan 0-2 pada set pertama sebelum bangkit menyamakan kedudukan 2-2 di set kedua.
Dia hampir menang di set ketiga dengan hanya memerlukan tujuh mata menerusi panahan ketiganya, namun kesilapan berlaku selepas Suresh hanya mengutip lima mata dan akur dengan keputusan 2-4.
Set keempat menyaksikan dia tewas 23-28 dan terpaksa akur dengan kekalahan 6-2 kepada pemain ranking kelima dunia.