TOKYO: Pemain badminton negara, Cheah Liek Hou akan membuat perhitungan dengan pemain Indonesia, Dheva Anrismusthi di final perseorangan lelaki SU5 bagi menentukan pemenang pingat emas petang ini di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Liek Hou yang berusia 33 tahun mara ke aksi final selepas meraih kemenangan 15-21, 21-10,21-16 ke atas pemain Taiwan, Fang Jen Yu.
Sementara Dheva mara selepas menundukkan rakan senegara, Suryo Nugroho 21-13, 21-15.
Liek Hou yang juga pemain No.2 dunia akan membuat perhitungan kesembilan bersama Dheva yang juga pemain No.1 dunia dengan dia memiliki rekod 3-5 ke atas pemain Indonesia itu.