Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan Januari 2022 - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan Januari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO menetapkan Perhimpunan Agung UMNO 2021 berlangsung selama tiga hari bermula pada 13 hingga 15 Januari 2022. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, partinya juga memutuskan persidangan bagi peringkat cawangan akan diadakan pada 15 Oktober hingga 30 November ini. 

Katanya, mesyuarat perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian akan diadakan serentak di seluruh negara bermula 11 hingga 12 Disember 2021 manakala mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bermula 18 Disember 2021. 

“Semua mesyuarat tidak diadakan pemilihan jawatan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah bersetuju mengenai penangguhan pemilihan parti sehingga 29 Disember 2022.  

“Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi Covid-19 di kawasan masing-masing.  

“Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minimum satu perempat daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada kadar tersebut asalkan mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Keputusan itu hadir selepas UMNO mengadakan mesyuarat bulan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semalam. 

RoS sebelum ini memutuskan keputusan MT UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah berikutan tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.

 

UMNO telah merujuk keputusan RoS kepada peguam parti dan kemudian menyatakan tiada sebarang kekhilafan dibuat mereka serta keputusan penangguhan pemilihan UMNO telah dilakukan secara teratur.

 

Justeru, pemilihan jawatan MT, bahagian dan cawangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada RoS iaitu sebelum 29 Disember 2022.

 

Dalam pada itu, kata Ahmad, UMNO akan mengadakan Majlis Anugerah Tokoh UMNO Negeri-Negeri sempena sambutan Jubli Intan 75 tahun UMNO nanti. 

 

-habis- 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya