Pergiat inovasi dalam bentuk ekonomi - Adham Baba - Utusan Malaysia

Pergiat inovasi dalam bentuk ekonomi – Adham Baba

ADHAM Baba bersama Ahmad Amzad Hashim merakam pengimbas kad perakam waktu sebelum memulakan tugas di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Inovasi dalam bentuk ekonomi antara aspek perlu dipergiatkan berikutan manfaatnya yang besar termasuk menjadikan negara sebagai pengeksport melibatkan bidang sains dan teknologi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, justeru, jumlah kehadiran mereka yang memerlukan perkhidmatan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kecemerlangan berkaitan sains perlu diteruskan dan diperhebatkan.

“Inovasi dalam bentuk ekonomi merupakan salah satu yang perlu dipergiatkan terutama bagaimana inovasi itu boleh mencetuskan peningkatan ekonomi dalam masyarakat.

“Selain itu, sumbangan dunia untuk kita menjadikan negara pengeksport dalam sains dan teknologi,” katanya ketika berucap selepas memulakan tugas rasmi beliau di MOSTI di sini hari ini.

Sesi ucapan tersebut dihadiri Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir secara maya bersama pegawai kementerian selain Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Ahmad Amzad Hashim yang turut serta bersama Adham.

Dalam pada itu, Adham turut menyeru pegawai dan kakitangan MOSTI untuk menggembleng tenaga dan usaha dalam membentuk satu pasukan yang kuat dan gagah dalam menelusuri cabaran akan datang selain usaha sedang dilaksanakan.

Terdahulu, Adham tiba di MOSTI disambut oleh beberapa pegawai kementerian tersebut seterusnya mengimbas kad perakam waktu bagi memulakan tugas pertama selepas dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau seterusnya menghadiri mesyuarat kabinet di pejabat beliau yang diadakan secara maya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya