Penolong Jurutera Awam JKR  didenda mengaku terima rasuah - Utusan Malaysia

Penolong Jurutera Awam JKR  didenda mengaku terima rasuah

SABDUL Halim Abdullah (tengah, bertopi) ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 16 Disember 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang Penolong Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) didenda RM1,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM5,000 bagi pembinaan sebuah dewan badminton di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau, lapan tahun lalu.

Hakim, Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Halim Abdullah, 45, membuat pengakuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut.

Madihah sebelum itu membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali untuk mengguna pakai Take Into Consideration (TIC) bagi tiga lagi pertuduhan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh yang diwakili peguam Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & CO bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Abdul Halim yang ketika kejadian bertugas sebagai Juruteknik JKR Gred J17 didakwa menerima suapan RM5,000 daripada Abu Azman Yaacob, wakil sebuah syarikat pembinaan sejak Februari hingga Mei 2013 secara berperingkat melalui empat transaksi bank secara dalam talian.

Wang tersebut sebagai balasan bagi mempercepat urusan memperakukan kerja-kerja yang dijalankan oleh Qudhrat Engineering Construction (QEC) iaitu sebagai kontraktor yang dilantik bagi projek pembinaan dewan badminton di SMK Rantau, Negeri Sembilan bernilai RM2.18 juta.

Kesalahan itu dilakukan menerusi pindahan wang dari sebuah bank di Kuala Klawang, Jelebu pada 8 Februari hingga 7 Mei 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan tertuduh didakwa atas empat pertuduhan sama menerima rasuah RM5,000 pada 16 Disember 2020. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya