Penjara Bentong lengkap suntikan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Penjara Bentong lengkap suntikan vaksin Covid-19

AB. BASIR Mohamad (empat dari kanan) bersama Abu Hasan Hussian (kanan) dan Dr. Aishah Mohd. Salleh (dua dari kanan) memantau program pemberian vaksin di Penjara Bentong di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Semua penghuni Penjara Bentong di sini telah lengkap disuntik vaksin Covid-19 sekali gus menjadikan penjara itu antara yang terawal di negara ini melengkapkan suntikan berkenaan.

Pengarah Penjara Pahang, Datuk Ab. Basir Mohamad berkata, dalam program bermula 1 September lalu, seramai 1,509 penghuni penjara itu menerima suntikan vaksin jenis Pfizer dan Astra Zeneca.

“Pada hari ini, seramai 1,200 lagi penghuni penjara ini menerima suntikan vaksin jenis CanSino.

“Ini sebahagian usaha mencegah penularan wabak Covid-19 dan kita ingin memaklumkan kepada keluarga penghuni terlibat supaya jangan gusar kerana kita melaksanakan program vaksinasi kepada semua penghuni penjara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau program suntikan vaksin di Penjara Bentong di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Penjara Bentong, Datuk Abu Hasan Hussain dan Pegawai Kesihatan Program Vaksinasi Penjara Bentong, Dr. Aishah Jamilah Mohd. Salleh.

Ab. Basir berkata, Penjara Penor yang sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan telah mencapai kadar vaksin 50 peratus dijangka mencapai 100 peratus pemberian vaksin menjelang penghujung bulan ini.

Sementara itu, katanya, sejak Disember lalu seramai 1,130 banduan di Penjara Bentong direkodkan positif Covid-19 manakala seramai 268 banduan di Penjara Penor di Kuantan dijangkiti Covid-19 sejak 1 Ogos lalu.

“Setakat ini tiada lagi kes positif di Penjara Bentong manakala 26 orang banduan yang positif dari Penjara Penor dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Penjara Bentong.

“Kita menyasarkan menjelang penghujung tahun ini penghuni dua buah Penjara di Pahang iaitu Penjara Penor dan Penjara Bentong akan lengkap suntikan Covid-19,”katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi mengelakkan daripada penularan Covid-19 di penjara, setiap banduan baharu dikenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuklah menjalani ujian calitan dan juga kuarantin selama 28 hari.

Ujarnya mana-mana banduan baharu yang dimasukkan ke dalam penjara juga akan diberikan suntikan vaksin Covid-19 secara berperingkat bagi mengekang penularan wabak berkenaan di penjara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya