Peniaga sate rugi RM10,000 rumah terbakar - Utusan Malaysia

Peniaga sate rugi RM10,000 rumah terbakar

KEADAAN rumah sewa pasangan suami isteri yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Baru, Ulu Benut Simpang Renggam di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sepasang suami isteri yang juga peniaga sate tinggal sehelai sepinggang selepas rumah sewa mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Ulu Benut Simpang Renggam, kira-kira 9.30 malam tadi.

Mangsa, Siti Norhidayah Mohd. Nor, 35, berkata, mereka kerugian lebih RM10,000 akibat kejadian itu selepas peralatan elektrik dan perkakasan rumah termasuk set sofa dan televisyen yang baru dibeli tidak dapat diselamatkan.

Katanya, dia bagaimanapun reda dan bersyukur kerana dua anak perempuannya yang berusia 12 tahun dan tiga tahun tidak berada di rumah ketika kejadian.

“Bila keluar berniaga, anak-anak memang saya bawa dan tinggalkan di rumah arwah emak di Kampung Permatang Duku Benut.

“Saya dapat tahu kejadian daripada jiran yang telefon sebelum saya dan suami, Mohd. Ridzuan Sahamad, 41, segera pulang.

“Sebaik sahaja tiba rumah memang sudah musnah hampir keseluruhannya dan kami tidak boleh memasuki lokasi kebakaran kerana bomba bimbangkan keselamatan kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 9.44 malam sebelum sebuah jentera LFRT, FRT, dan tangki air dihantar ke lokasi kebakaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya