Penghantar makanan maut motosikal bertembung Toyota Hilux

Penghantar makanan maut motosikal bertembung Toyota Hilux

KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 17 Jalan Nitar-Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam kemalangan di Kilometer 17 Jalan Nitar-Mersing, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd. Farid Jaafar, 38, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, maklumat awal diterima daripada pemandu Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 36 tahun memaklumkan dia dalam perjalanan dari arah Endau menuju ke arah Kluang. 

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian terdapat sebuah motosikal telah memasuki laluan pacuan empat roda itu menyebabkan pemandunya cuba untuk mengelak ke kiri bahu jalan namun tetap berlanggar dengan motosikal tersebut.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal yang juga bekerja sebagai penghantar makanan mendapat kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Mersing bagi rawatan lanjut.

“Setelah beberapa jam menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing, mangsa telah meninggal dunia disebabkan ‘road traffic fatality’ dan disahkan oleh pakar perubatan Hospital Mersing. 

“Manakala pemandu Toyota Hilux dan penumpang hadapan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Cyril, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya