Penggunaan bubu naga masih berleluasa - Utusan Malaysia

Penggunaan bubu naga masih berleluasa

SHAHRIZAN Raman (kanan) memberi penerangan mengenai rampasan 241 bubu naga kepada Abdul Yunus Jamahri (tengah) di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau di Parit Buntar, Perak, hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Penggunaan bubu naga yang diharamkan didapati masih berleluasa di perairan Bagan Panchor, Pantai Remis dan Kuala Kurau dekat sini.

Walaupun  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak kerap melakukan operasi membanteras penggunaan bubu naga, aktiviti itu masih berlaku.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Perak, Shahrizan Raman berkata, operasi membanteras penggunaan bubu naga secara habis-habisan mungkin boleh dilaksanakan sekiranya  Maritim Malaysia diberi kuasa menangkap dan merampas peralatan itu di jeti -jeti nelayan.

Katanya, ini kerana Maritim Malaysia hanya diberikan kuasa membuat tangkapàn  dan rampasan penggunaan bubu naga di laut.

“Cadangan membuat operasi di jeti-jeti nelayan telah disarankan kepada pihak yang tinggi untuk melaksanakannya dan kami sedia bekerjasama serta boleh menyediakan kemudahan seperti lori dan sebagainya.

“Sekiranya pada masa akan datang Maritim Malaysia diberi kuasa berbuat demikian, kami akan melaksanakannya,” katanya dalam sidang akhbar mengenai rampasan bubu naga di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau dekat sini hari ini.

Yang  hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali.

Menurut  Shahrizan, dalam operasi membanteras penggunaan bubu naga di perairan Kuala Kurau semalam, sebanyak 241 buah bubu naga bernilai RM 21,600 dirampas.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya