Pemuda tak mengaku tikam leher bapa dengan pisau

Pemuda tak mengaku tikam leher bapa dengan pisau

PEMUDA sakit mental didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan cuba membunuh bapanya dengan sebilah pisau minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh bapanya dengan menikam leher mangsa menggunakan pisau, minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Nur Amin Azmail, 28, yang juga merupakan pesakit mental membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa cuba membunuh Azmail Mohd. Salmon, 66, dengan cara menikam leher mangsa menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di Bachok, pada pukul 10.40 pagi, 24 Ogos lalu.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini memaklumkan Muhamad Nur Amin menerima rawatan psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak lima tahun lalu dan memohon tiada jaminan terhadap tertuduh.

“Saya memohon agar tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sementara menunggu rawatan susulan terhadapnya di HUSM pada 6 Oktober depan,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia dengan segera, selain menetapkan 30 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Akhbar ini baru-baru ini melaporkan, seorang lelaki bertindak menikam dan mengelar bapa sendiri dengan pisau,  gara-gara berang mendengar tangisan anak saudaranya yang berusia empat tahun.

Akibat serangan itu, mangsa cedera di leher, kepala, telinga, tapak tangan dan lengan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya