Pembangkang ingatkan MoU untuk pulih ekonomi, Covid-19

Pembangkang ingatkan MoU untuk pulih ekonomi, Covid-19

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembangkang dilaporkan bersetuju untuk bersama kerajaan dan mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik supaya dapat membantu negara keluar daripada kemelut ekonomi dan kesihatan.

Ini kerana, kestabilan politik amat penting untuk memastikan selepas keluar daripada krisis pandemik Covid-19, ekonomi negara dapat kembali rancak dan berupaya menarik semula pelabur asing.

Menurut Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, aspek itu menyebabkan pembangkang bersetuju untuk bersama kerajaan supaya masalah dan kebajikan rakyat dapat diutamakan.

“Seperti yang dilaporkan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), faktor kestabilan politik adalah kritikal untuk memacu pertumbuhan yang mapan, dinamik dan rancak.

“Malaysia kehilangan pelaburan langsung asing (FDI) kepada negara-negara jiran disebabkan hal ini, justeru ianya perlu dipulihkan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, MoU berkenaan juga selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang mahu dua pihak tersebut mencari jalan penyelesaian bersama untuk kembali meningkatkan ekonomi Malaysia.

Dalam pada itu, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengingatkan kerajaan supaya mengurangkan perihal ketirisan serta rasuah dalam pelaksanaan semua dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) seperti yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lalu.

“Pemeteraian memorandum ini adalah untuk memastikan mandat yang diberikan rakyat dilaksanakan sebaik mungkin antara dua belah pihak.

“Justeru, kedua-dua pihak terutama pihak kerajaan tidak boleh mengambil kesempatan daripada perjanjian ini demi kepentingan diri sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya