Pembaharuan LKM motosikal di 39 Puspakom mulai esok

Pembaharuan lesen motosikal di 39 Puspakom mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bermula esok, orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi motosikal di semua 39 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan akhbar berkata, sejak tahun lalu, inisiatif pembaharuan LKM ini mula dilaksanakan kepada kenderaan bermotor persendirian melibatkan kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram ke bawah.

Menurutnya, bagaimanapun bermula 1 September lalu, inisiatif sama diperluaskan pula kepada kenderaan bermotor persendirian (kecuali kenderaan e-hailing).

“JPJ berharap inisiatif terbaharu ini dapat memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan lebih efisien, cepat dan cekap.

“Ia juga menyediakan kemudahan alternatif selain daripada saluran perkhidmatan sedia ada (kaunter/kiosk JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Portal mySIKAP JPJ),” katanya.

Katanya, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Puspakom 03-51017000.

Pertanyaan juga boleh disalurkan menerusi e-mel [email protected], mesej peribadi di Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn. Bhd. atau Live Chat melalui laman sesawang PUSPAKOM www.puspakom.com.my,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya