Pemandu lori positif dadah langgar lima kenderaan

Pemandu lori positif dadah langgar lima kenderaan

KEADAAN kenderaan yang dirempuh lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang pemandu lori yang memandu dalam pengaruh dadah menyebabkan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 tengah hari itu dipercayai berlaku selepas lori dipandu seorang lelaki seorang lelaki dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebaik tiba di lampu isyarat Jalan Ipoh, lori terbabit telah gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat. 

Kata beliau, kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua kenderaan jenis Myvi berwarna Kuning dan putih serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL. 

“Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Manakala pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sarifuddin, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan dibuat ujian alkohol. 

Jelas beliau, hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol dan seterusnya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin. 

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/ 69 atau mana- mana balai berdekatan,” jelasnya.

Terdahulu, tular di laman sosial sebuah lori melanggar beberapa kenderaan.

Video tular berkenaan diambil berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam).

Rakaman berdurasi 46 saat itu merakamkan aksi sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya