Pelakon tipu vaksin? - Utusan Malaysia

Pelakon tipu vaksin?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seriau Poklip bila dengar dakwaan yang satu ini. Rasa nak marah tetapi tak boleh sebab menjadi hak masing-masing bila bercakap tentang pengambilan vaksin. Nanti ramai pula anti vaksin kecam.

Bukan apa, ada seorang teman Poklip ini mengadu, dia sakit hati tengok seorang pelakon lelaki yang konon beriya mempromosikan vaksin dalam media sosial tetapi rupanya di belakang, menentang!

Dakwanya, pelakon lelaki itu sanggup pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) semata-mata untuk bergambar. Tetapi sebenarnya, dia menolak untuk mengambil vaksin. Sekadar cukup syarat katanya.

Peminat pun senang tertipu dengan sandiwara pelakon tadi. Ramai yang memuji bagus pelakon itu mempromosi kebaikan vaksin namun hakikatnya, dia sendiri menolak. Sakit pula hati Poklip bila dengar.

Poklip pun sebenarnya tidaklah begitu berkenan dengan perangai pelakon itu. Sejak dulu, ada sahaja cerita kurang manis tentang dia. Panas baran, suka buat hal sendiri dan rasa diri itu bagus sangat.

Tetapi itu hanya dakwaan semata. Poklip tak pernah ambil serius sangat. Buat apa sakitkan kepala fikir perangai orang kan? Lebih baik kita fokus dengan mereka yang positif dan ikhlas dalam bekerja.

Cuma kalau betul dia menolak vaksin, Poklip harap dia tidak menipu untuk bekerja pula. Ramai yang sanggup menipu untuk kembali menjalani penggambaran. Tak mahu vaksin, tak apa. Tetapi jangan menyusahkan orang lain.

Duduk rumah sahaja dan jangan pula merentan dalam media sosial. Kadang-kadang Poklip pelik, yang anti vaksin ini memang kuat royan ke? Macam artis seorang itu. Ada sahaja yang dia tidak puas hati. Takutlah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya