PBNS tuntut keputusan yang lebih setimpal - Utusan Malaysia

PBNS tuntut keputusan yang lebih setimpal

TUNKU Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri (kanan) dan Aminuddin (dua dari kanan) ketika dalam majlis makan malam bersama skuad bola sepak Negeri Sembilan di Seremban, semalam.- UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) sedia mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menuntut keputusan yang lebih setimpal berhubung aksi menentang Kelantan FC di Liga Perdana, 27 Ogos lalu.

Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, walaupun keputusan telah dibuat namun pihaknya kesal kerana sebagai pihak yang membuat aduan tiada apa-apa keputusan yang dilihat menyebelahi Negeri Sembilan FC (NSFC).

“Pasukan yang terlibat telah dikenakan tindakan setimpal dan pengadil-pengadil perlawanan juga telah dikenakan tindakan tetapi bagi kami pasukan yang membuat aduan seterusnya membuat rayuan tidak ada apa-apa keputusan yang menyebelahi kami.

“NSFC juga sudah mengadakan perbincangan berkenaan hal itu dan kami juga percaya sepatutnya kami akan menerima keputusan yang lebih setimpal oleh sebab itu kita akan membuat rayuan ke pihak FAM juga,” katanya.

Beliau yang juga Tunku Besar Tampin berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama skuad The Jangs di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar yang juga Penasihat PBNS, Datuk Seri Aminuddin Harun

NSFC pada 30 Ogos lalu mengemukakan bantahan terhadap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menilai kesalahan yang dilakukan Kelantan FC, yang didakwa membuat pertukaran pemain melebihi had sepatutnya.

Begitupun, MFL mengenakan denda RM30,000 terhadap Kelantan FC dengan keputusan menang 2-1 ke atas NSFC kekal, sekali gus menyaksikan tiga mata tetap menjadi milik skuad The Red Warriors.

Sementara itu, kerajaan negeri memberikan insentif sebanyak RM2,000 kepada setiap seorang pegawai dan pemain dalam pasukan NSFC selepas kejayaan pasukan itu layak ke Liga Super 2022.

“Akibat pandemik Covid-19, kita berhadapan pelbagai kekangan dan tidak berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan atau insentif yang lebih besar atas kejayaan pasukan Negeri Sembilan layak ke saingan Liga Super 

“Bagaiamanpun, sumbangan RM2,000 kepada semua pegawai dan pemain pasukan ini diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi tinggi menjelang perlawanan terakhir liga dan seterusnya mendapatkan trofi kejuaraan Liga Perdana,” tambah Tunku Syed Razman.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya