[PARLIMEN] Kos haji dijangka meningkat - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kos haji dijangka meningkat

PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha pada pukul 8 malam ini.- GAMBAR HIASAN /AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kos menunaikan haji dijangka meningkat tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kenaikan itu termasuk beberapa kos yang berkaitan dengan langkah pencegahan pandemik Covid-19.

“Kos mengerjakan haji dijangka meningkat disebabkan kadar inflasi dan perkembangan terkini peraturan Arab Saudi khususnya yang berkait dengan prosedur operasi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum reda. Ia termasuk keperluan ujian PCR dan suntikan vaksin untuk masuk ke sana dan penjarakan fizikal di dalam bas, bilik, penginapan hotel dan khemah-khemah.

“Bagaimanapun Tabung Haji akan memaklumkan kos haji pada 2022 apabila dimuktamadkan satu masa,” katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Rubiah Awang (GPS-Kota Samarahan) meminta kerajaan menjelaskan adakah kos mengerjakan haji akan meningkat dan berapa kadar peningkatan yang dijangka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya