[PARLIMEN] Kertas siasatan  dibuka terhadap 3 pegawai SPRM - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kertas siasatan  dibuka terhadap 3 pegawai SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung isu penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

HAMZAH ZAINUDIN

Dalam hal ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggesa  siasatan dipercepat selain bersetuju ia diklasifikasi sebagai kes curi.

“Kita mahu pastikan kes ini dipercepat Kerajaan ini adalah kerajaan yang mengekalkan sikap benar-benar berintegriti,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Hamzah dalam masa yang sama turut mengambil maklum pertanyaan tambahan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) supaya pegawai kanan termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki direhatkan.

Menurut Gobind, ia adalah bagi memastikan tidak ada sebarang unsur campur tangan, sekali gus integriti proses siasatan berjalan dengan baik.

“Saya ambil maklum cadangan itu Yang Berhormat, bagaimanapun biar siasatan dijalankan dahulu sebelum kita ambil keputusan seterusnya,” katanya lagi.

Isnin lalu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan wang lebih RM25 juta dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai itu sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman enam hari sejak 14 September lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya