[PARLIMEN] Kerajaan teliti laluan TVET setaraf  akademik lain - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan teliti laluan TVET setaraf  akademik lain

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperkukuh aliran Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya tidak menjadi pilihan kedua oleh pelajar yang ingin melanjutkan pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, dalam keadaan semasa, pelajar yang mengambil aliran TVET boleh menempatkan diri dalam sektor awam dan syarikat milik kerajaan (GLC), namun tertakluk kepada syarat ditetapkan sesebuah syarikat.

“Kerajaan sentiasa bekerjasama untuk perkasakan TVET, dari sudut kurikulumnya supaya memenuhi kehendak industri. Graduan dari program aliran TVET melalui jaminan kualiti dari MQA atau Jabatan Pembangunan Kemahiran dan disenaraikan daftar kelayakan Malaysia adalah diiktriraf bekerjasama untuk bekerja di sektor awam serta GLC tertakluk kepada syarat  ditetapkan.

“Kelayakan aliran TVET boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi laluan TVET sedang diperkukuh supaya sama dengan laluan akademik yang lain. Kami kementerian berusaha supaya TVET bukan pilihan kedua dipilih pelajar mendapat pekerjaan itu nanti,” katanya bagi menjawab soalan tambahan  dikemukakan dalam Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Lukanisman Awang Sani (GPS-Sibuti) meminta kerajaan menjelaskan usaha kerajaan supaya TVET menjadi pilihan perdana pelajar dan langkah untuk mengiktiraf pelatih-pelatih TVET yang ada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya