[PARLIMEN] JPA perinci pendekatan 2,100 guru enggan divaksin - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] JPA perinci pendekatan 2,100 guru enggan divaksin

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perincian mengenai pendekatan terhadap 2,100 guru yang enggan divaksin akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, pembentangan itu  dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ia telah dimaklumkan kepadanya, semalam.

“Tentang tindakan kepada guru ini, kita telah bincang dengan JPA. Semalam jabatan itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang memperincikan dan akan membawa ke MKN tentang pendekatan yang akan dibuat.

“Kita sedang teliti satu persatu apakah pendekatan yang terbaik berkaitan dengan tugasan mereka, ia adalah bergantung kepada apa yang ditetapkan oleh JPA,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya