Ketua Unit Jualan BSN didakwa palsukan dokumen pinjaman bank

Ketua Unit Jualan BSN didakwa palsukan dokumen pinjaman bank anggota tentera

MOHD. Yuzakri Yazid (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi dihadapkan atas sembilan pertuduhan memalsukan dokumen anggota tentera. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang Ketua Unit Jualan Bank Simpanan Nasional (BSN) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas sembilan pertuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan pinjaman bank anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Tertuduh, Mohd. Yuzakri Yazid, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Norzaliza Tesmin dan tiga pertuduhan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh ketika kejadian bertugas sebagai Ketua Unit Jualan Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Sembilan telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen pengesahan perkhidmatan dan jawatan (Jabatan Arah Urusan Gaji Anggota Tentera Malaysia, Ugat) yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai ia adalah dokumen palsu.

Tertuduh juga didakwa atas lima lagi pertuduhan iaitu menggunakan sebagai tulen satu dokumen ‘early settlement quote’ (Koperasi Tentera) yang berjumlah masing-masing RM8,067.78, RM4,346.96, RM77,891.91, RM20,098.60 dan RM18,192.82.

Perbuatan itu dilakukan di Cawangan BSN Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban pada 16 Oktober 2018 dan 26 Oktober 2018.

Sehubungan itu, tertuduh yang kini memegang jawatan sama tetapi di Melaka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Jika sabit bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dikenakan jaminan RM21,500 bagi kesemua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd. Azman dan Nor Hafiza Harun manakala tertuduh diwakili peguam Ardelliza Izmaryanti Shafiei. 

Kes disebut semula 20 September 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya