Norazah dilantik Timbalan Naib Canselor JIAM UKM baharu

Norazah dilantik Timbalan Naib Canselor JIAM UKM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prof. Datuk Dr. Norazah Mohd. Nordin dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat (JIAM) UKM berkuat kuasa hari ini.

Bekas Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Imran Ho Abdullah yang tamat tempoh pelantikannya, semalam.

Sebelum ini, Norazah pernah menyandang pelbagai jawatan pentadbiran antaranya Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Dekan Siswazah, Timbalan Pengarah Teknologi dan Ketua Pasca Siswazah dan Pengerusi Majlis Dekan Pendidikan Malaysia (MEDC).

Selain itu, Norazah turut mengetuai penyelidikan mengenai aplikasi Google Solution untuk pendidikan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Ts Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, kesinambungan pertukaran tugas Timbalan Naib Canselor akan berterusan kerana sesiapa yang dilantik perlu memegang tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas universiti.

Tambahnya, mereka yang dipilih mempunyai tanggungjawab dalam membawa UKM ke arah universiti watan yang menjadi pilihan rakyat dan hebat serta mempunyai nilai tinggi dalam apa juga tugas yang dilaksanakan.

“Saya percaya lantikan ini adalah amanah yang perlu dipikul dalam menjayakan misi untuk universiti melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebitaraan yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor, hari ini

Norazah yang berasal dari Pekan, Pahang, memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Matematik) dari Florida State University, Amerika Syarikat pada 1985 sebelum melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana (Matematik) di California State University, Amerika Syarikat, 1987.

Beliau juga memperoleh Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dari Universiti Teknologi Malaysia pada 1989 sebelum melanjutkan pengajian di peringkat kedoktoran di UKM dan berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Sains Maklumat) pada tahun 2003. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya