Negeri Sembilan rampas takhta liga - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan rampas takhta liga

PENYERANG Negeri Sembilan , Francis Kone muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Gol pada minit terakhir dijaringkan penyerang import Negeri Sembilan dari Ivory Coast, Francis Kone menyaksikan juara Liga Perdana hanya akan diketahui pada perlawanan terakhir yang akan berlangsung pada 21 September depan.

Kemenangan 1-0 skuad Hobin Jang Hobin ke atas Sarawak United melonjak kedudukan mereka untuk menerajui takhta liga dengan kelebihan satu mata.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menyaksikan perlawanan berakhir dengan dua layangkan kad merah, di mana kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain.

Tindakan penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee menendang dada pemain Negeri Sembilan Zamri Ramli pada minit ke-65 menyaksikan pengadil perlawanan Kamil Zakaria Ismail tidak teragak-agak melayang kad merah.

Bagaimanapun, peluang keemasan yang diperolehi Kone untuk meletakkan Negeri Sembilan mendahului dipersia-siakan, selepas gagal menyudahkan sepakan penalti.

Walaupun beraksi 10 pemain, skuad kendalian E.Elavarasan hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-74 namun percubaan S.Chanthuru berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat, Damien Lim.

Ketika perlawanan hampir berakhir dengan keputusan seri, penyerang berusia 30 tahun itu menebuskan kegagalannya dengan meledak gol kemenangan buat Negeri Sembilan.

Disebalik kegembiraan menjaringkan gol, tindakan Kone membuka baju memakan diri apabila dia dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua sekali gus bakal terlepas aksi menentang PDRM FC pada 21 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya