N. Sembilan boleh menang Liga Perdana - Zaquan - Utusan Malaysia

N. Sembilan boleh menang Liga Perdana – Zaquan

PENYERANG Negeri Sembilan, Zaquan Adha Radzak (kiri) cuba mendapatkan bola ketika beraksi menentang Sarawak United dalam saingan Liga Perdana, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat lalu.- IHSAN NEGERI SEMBILAN FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pernah berjanji bukan sekadar tempat menghabiskan sisa karier apabila pulang semula ke negeri kelahiran, Zaquan Adha Radzak kini hanya memerlukan selangkah lagi untuk mengucup trofi Liga Perdana bersama Negeri Sembilan.

Penyerang tersebut berkata, kemenangan 1-0 ke atas Sarawak United menerusi gol tunggal Francis Kone malam kelmarin merupakan bukti mereka mampu bangkit dalam dua perlawanan terakhir sejak tewas kepada Kelantan FC pada 27 Ogos lalu.

Gol kemenangan pada penghujung perlawanan itu membolehkan skuad The Jangs menduduki tangga teratas dengan 38 mata sebelum dijadualkan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) 21 September ini dalam saingan penutup Liga Perdana 2021.

“Kemenangan amat bermakna kerana selepas kalah dengan Kelantan, kami telah berjanji akan berjuang habis-habisan sehingga ke penamat biarpun sasaran utama pasukan untuk layak ke Liga Super telah tercapai.

“Saya harus berterima kasih kepada rakan-rakan kerana berjuang hingga minit terakhir walaupun tahap kami mungkin begitu berbeza dengan Sarawak United yang rata-rata pemainnya mempunyai kualiti Liga Super.

“Apabila pulang ke Negeri Sembilan, saya memang berjanji pada diri sendiri yang saya balik bukan sekadar untuk habiskan karier tetapi mahu berbakti kepada Negeri Sembilan kerana di sinilah karier saya mula bertapak.

“Jika rezeki kita juara, ini adalah kerjasama rakan-rakan dan pengurusan,” kata Zaquan yang pernah bersama Negeri Sembilan pada 2006 hingga 2011.

Dalam saingan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu turut menyaksikan dua kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Kamil Zakaria Ismail ke atas Sharbinee Allawee dan Kone di separuh masa kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya