Murid boleh hadir tanpa pakaian seragam ke sekolah

Murid boleh hadir tanpa pakaian seragam ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Murid-murid yang bakal kembali mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka mulai 3 Oktober ini tidak diwajibkan untuk memakai pakaian seragam sekolah.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, ini bagi memastikan murid-murid dapat kembali ke sekolah tanpa perlu membeli seragam baharu.

“Kita sedar bila buka sekolah mungkin baju dah ketat sebab lama berada di rumah, maka oleh demikian murid dibenarkan memakai pakaian sesuai, kemas dan sopan, sekiranya seragam tidak lagi sesuai dipakai.

“Ini kerana semangat kita untuk membawa anak-anak kembali ke sekolah, bukan nak denda mereka, seboleh-bolehnya dapat kembali ke sekolah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau juga menyedari perasaan ibu bapa yang bimbang anak-anak mereka akan didenda jika tidak mempunyai pakaian sesuai.

“Tak apa, asalkan pakai pakaian kemas, sopan dan sesuai, tapi jangan pula jadi fashion show dekat sekolah, tak ada seragam tidak apa, pakai sahaja pakaian sesuai.

“Kita sedar ibu bapa menghadapi kesukaran, sebab bila nak buka sekolah, nak kena beli baju baharu. Tak apa, pakai pakaian sesuai untuk hadir ke sekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya