MPSepang pantau semua pasar awam, kawasan riadah

MPSepang pantau semua pasar awam, kawasan riadah

ORANG ramai meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga ketika tinjauan di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pemantauan dan kawalan ke atas semua pasar awam milik Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) terus giat dilaksanakan secara berkala di samping pelaksanaan program saringan Covid-19 dengan bantuan daripada Pejabat Kesihatan Daerah.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, sehingga kini, sebanyak 38 pemantauan dijalankan bagi kesemua 15 pasar sari dan malam di bawah kendalian MPSepang sepanjang pembukaan semula operasi perniagaan itu selepas Selangor memasuki Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 pada 10 September lalu.

“Ini adalah bagi memastikan peniaga terlibat dapat melaksanakan semua syarat-syarat yang ditetapkan.

“Namun bagi individu yang gagal membuat saringan di bawah program ini diwajibkan membuat ujian saringan RT-PCR di klinik-klinik swasta dan menunjukkan sijil keputusan kepada petugas MPSepang sebelum menjalankan perniagaan seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata, begitu juga pemantauan penjaja yang turut dilaksanakan di kawasan Bagan Lalang bermula 11 September lalu bagi menyusun semua penjaja yang berada di pantai Bagan Lalang sepanjang pembukaan semula sektor riadah dan rekreasi.

“Bilangan penjaja yang ditempatkan di pantai peranginan tersebut adalah berjumlah 25 hingga 30 penjaja pada satu-satu masa.

“Bagaimanapun, MPSepang akan bertindak tegas sekiranya mendapati mana-mana penjaja yang tidak mempunyai vaksin lengkap atau tidak menyediakan imbasan suhu, pendaftaran MySejahtera serta tidak memiliki suntikan typhoid, mereka diarahkan untuk tidak menjalankan operasi perniagaan di lokasi tersebut dan perlu beredar dari tapak serta-merta,” katanya.

Sementara itu, Abd Hamid turut memaklumkan, bagi semua peniaga, pembaharuan lesen perniagaan boleh dibuat bermula esok bertempat di pejabat utama MPSepang, pejabat-pejabat cawangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

“Pembaharuan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui email di [email protected] manakala di http://ekl.mpsepang.gov.my/sso bermula 22 Oktober 2021.

“Selain daripada itu, pemegang lesen boleh melayari portal rasmi MPSepang untuk maklumat lanjut mengenai perkara berkaitan,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya