Monorel Melaka: Wujud perjanjian bertentangan surat tawaran UPEN - Utusan Malaysia

Monorel Melaka: Wujud perjanjian bertentangan surat tawaran UPEN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Isu perkhidmatan Monorel Melaka yang kini ‘berkubur tanpa nisan’ menghangatkan sesi jawab lisan pada hari ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis mendedahkan, terdapat perjanjian telah ditandatangani antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan syarikat pengendali monorel, yang didapati tidak mengikut surat tawaran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

MUHAMMAD JAILANI Khamis menjawab pertanyaan lisan pada hari ketiga Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka ke-14, di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beliau berkata, pemeteraian itu dimuktamadkan pada 23 Ogos 2018 iaitu ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membangunkan 15 lot tanah di kawasan persekitaran di mana monorel beroperasi.

Jelasnya, perkara itu telah ditandatangani oleh Datuk Bandar MBMB ketika itu, Datuk Azmi Hussain.

“Tetapi yang lebih membahayakan lagi bila ada satu klausa yang tidak ada dalam kelulusan UPEN, iaitu untuk membangunkan 15 lot tanah di kawasan persekitaran. Tiba-tiba dalam agreement (perjanjian) ini ada, surat UPEN tidak ada. 

“Yang menghairankan perjanjian ini dibuat 23 Ogos 2018, jadi sepatutnya yang boleh menjawab ini kerajaan PH. Bukan kami, maaflah walaupun dahulu saya pernah bersama tuan (Chee Leong). 

“Produk pelancongan tapi bukan bawah portfolio pelancongan. Jadi macam mana nak katakan kewibawaan kerajaan sekarang sedangkan perkara ini termaktub 23 Ogos 2018?,” soalnya.

Terdahulu, Chee Leong bertanyakan status terkini Monorel Melaka yang disifatkannya sebagai projek gagal pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Memandangkan sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam ekonomi negeri Melaka, dan saya ingin tahu produk pelancongan yang lama. 

“Kesemuanya terletak dalam DUN Kota Laksamana. Seperti monorel yang hampir menjadi besi buruk,” katanya.

Muhammad Jailani ketika menjawab soalan itu berkata, syarikat pengendali sudah pun ditamatkan kontrak berikutan gagal mematuhi beberapa terma antaranya berkaitan yuran komitmen (commitment fees) dan penyediaan jaminan keselamatan kepada pengguna.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya