'Misteri' Ziyad diketahui minggu depan - Utusan Malaysia

‘Misteri’ Ziyad diketahui minggu depan

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika menyambut ketibaan wira negara Ziyad Zolkefli ketika pulang daripada Paralimpik Tokyo 2020 awal Disember lalu.- IHSAN FB Majlis Sukan Negara Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan penuh kontroversi Muhammad Ziyad Zolkefli yang ‘hilang’ pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan diketahui pada 8 Oktober ini. 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan susulan akan diambil berdasarkan keputusan penuh yang dijalankan jawatankuasa siasatan dalaman.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tan Sri Borhan Dolah (bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia). Saya dimaklumkan satu tarikh telah ditetapkan antara 4 hingga 8 Oktober (ada mesyuarat). 

“Jadi selepas 8 Oktober jawatankuasa itu boleh sediakan laporan penuh kepada pihak kementerian.

“Melalui laporan itu barulah KBS boleh maklum kepada orang ramai apakah tindakan susulan yang akan kita lakukan,” katanya pada sesi lawatan rasmi ke Majlis Sukan Negara (MSN) dan bertemu dengan atlet, semalam.

Ziyad membuktikan dia atlet terbaik dunia dalam acara lontar peluru T20 apabila melakukan lontaran 17.94 meter (m), sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m pada temasya Paralimpik Tokyo.

Bagaimanapun, kemenangannya tidak diiktiraf selepas penyertaannya dibatalkan kerana menerima protes daripada kem Ukraine akibat lewat memasuki bilik menunggu (call room). 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya