Misi cari skuad elit renang Kelantan  - Utusan Malaysia

Misi cari skuad elit renang Kelantan 

WAN Roslan Wan Hamat (lima kiri) bersama bakat baharu sukan renang yang akan dipilih mewakili Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan yang ketandusan atlet renang kini dalam misi mencari bakat baharu bagi mewakili negeri ini dalam acara itu di temasya Sukan Malaysia (Sukma 2022) di Johor, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pencarian bermula sejak setahun lalu dengan 20 atlet remaja berusia 13 tahun disenarai pendek.

Kumpulan itu, katanya, masing-masing 10 lelaki dan 10 perempuan giat menjalani latihan di lokasi berasingan sebagai persiapan sebelum pemilihan perenang terbaik yang mewakili Kelantan di Sukma 2022.

“Atlet-atlet muda ini sepatutnya perlu menjalani latihan selama enam bulan tetapi disebabkan kekangan di musim pandemik Covid-19, latihan tersebut terhenti seketika dan baru disambung semula,

“Oleh demikian, kita berharap mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi membolehkan Kelantan memenangi pingat emas dalam sukan renang di Sukma nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Roslan merasmikan Majlis Penyerahan Peserta Akademi As-Sibahah U-BeS 2020 kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan di H Elite Bandar Baru Tunjung, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya